AKU, JANTAN BANGSAT, dan SYABU


“AKU”, “JANTAN BANGSAT”, dan “SYABU”

Nama akau julia(bukan nama sebenar). Banyak sejarah kisah silam yang ada dalam kehidupan aku. Kehidupan aku dengan bermacam-macam suasana. Ada yang bising, ada yang sunyi dan ada suasana yang penuh dengan kemarahan. Aku tidak mempunyai adik beradik. Akulah kakak, akulah abang. Selama 17 tahun,hanya beberap tahun saja aku dapat membanggakan ibu ayah aku. Aku mula mengenak erti dunia sosial semasa usia aku darjah 5. pada mulanya, ibu aku mahu mengongkong aku sehingga aku dewasa, tapi apakan daya ayah aku ingin aku keluar dan berkawan dengan bermacam-macam jenis orang.

Aku mengambil keputusan untuk keluar berkawan. Dari situlah kau mula mencari kawan lelaki.aku terlampau bebas berkawan dengan lelaki bermula dari tingkatan satu. Setelah mula seronok berkawan aku mula berminat untuk belajar menghisap “ice” iaitu sejenis dadah,dalam bahasa saintifiknya ialah syabu. Pada mulanya aku tidak mahu mencuba,tetapi kawan lelaki yang sangat rapat dengan aku memaksa aku untuk mencuba,dan akhirnya aku terus membuat tindakan untuk mencuba. aku mula berasa “wow..nikmatnya”. Selepas aku mula mengambil syabu, aku tidak tidur selama 4 hari, dan makan pun ibarat las perut sahaja. Selepas 4 bulan kemudian, aku berhenti mengambil syabu. Pada ketika itu, aku kenal dengan seorang lelaki, aku mula berkawan dan rapat dan akhirnya kami bercinta. Pada suatu hari,aku tergerak hati untuk mengambil memory card aku dari dia. Lelaki itu menyuruh aku aku ke suatu tempat untuk berjumpa untuk menyerahkan memory card aku, semasa dalam perjalanan ke sana, jantung aku mula berdebar-debar. Aku mula berfikir, apa akan terjadi kalau aku pergi?. Tapi fikiran sebegitu hanya seketika saja. Setelah sampai ditempat tersebut,, dia terus menolak aku kedalam sebuah rumah. Aku cuba meronta-ronta dan menjerit, namun gagal kerana dia menutup mulut aku dan memperkosa aku. Selepas kejadian itu,aku bergegas ke tempat kerja ibu aku untuk membuat persiapan diri ke sekolah. Ibu aku aku mula mencurigai aku kerana riak wajah aku bertukar sedih dan pelik. Ibu aku bertanya pada aku” mira kenapa?,macam ada masalah je”. Ketika itu aku hanya mampu berkata “tak de ape2 ibu”

semasa aku tiba disekolah, aku terus dipanggil oleh guru disiplin. Namanya puan asma(bukan nama sebenar) Jantung aku mula berdebar dan takut. Apabila aku bersua muka dengan guru disiplin,guru tersebut memandang tepat muka aku dan menggelengkan kepala. Ketika itu, aku mula cemas dan fikiran aku mula berkecamuk. Rupa-rupanya, guru disiplin telah tahu apa yang telah terjadi pada aku pagi tadi. Aku menangis tersesak-esakdan berkata “cikgu, tolong jangan bagitahu ibu ayah saya. Reaksi puan asma agak sedih dengan apa yang berlaku pada aku,puas asma berkata pada aku “julia,cikgu minta maaf,cikgu terpaksa bagitahu pada pengetua, esok tunggulah nama julia dipanggil. Ketika itu,aku mula sedih bercampur geram dengan apa yang berlaku pada aku. Pada keesokan harinya, pengetua memanggil aku dan menyuruh aku membuat laporan pada polis. Pengetua tersebut menelefon ibu aku untuk datang ke sekolah. Sebaik saja ibu aku tiba disekolah, aku dapat melihat reaksi marah pada wajah mereka. Ibu ayah aku membawa aku ke balai polis untuk membuat laporan . Setelah selesai membuat laporan, aku diarahkan untuk mengikut seorang inspektor perempuan untuk mencari lelaki tersebut,pihak polis dapat mengesan lelaki tersebut berada di sebuah flat di kawasan kulai. Pihak polis menahan reman lelaki tersebut selama 2 hari untuk siasatan. 2 hari selepas dia ditahan reman, lelaki tersebut dan ibunya datang ke rumah aku untuk meminta maaf. Ibu lelaki tersebut memeberi amanah kepada anaknya supaya menjaga aku dan bertanggungjawabab dengan apa yang telah dia lakukan. Namun semuanya indah khabar dari rupa. Lelaki tersebut menghilangkan diri selepas berjumpa dengan keluarga aku. Dan segalanya tergantung begitu saja tanpa ada khabar apa-apa.






2 tahun berlalu, usia aku telah pun menjangkau 15 tahun. Pada waktu ini, aku cuba untuk fokus untuk PT3 yang akan aku tempuh. Tetapi sejarah berulang, aku mula mengenali seorang lelaki bekerjaya, umurnya 25 tahun dab bertugas sebagai polis bantuan. Namanya syamil(bukan nama sebenar). Pada mulanya aku sangkakan dia boleh menjaga aku dan menjadi teman lelaki yang baik pada aku. Tetapi semua tu hanya khayalan semata-mata.BAGI AKU DIA JUGA “JANTAN BANGSAT”. Kisah aku kali ini lebih teruk dari sebelum ini. Aku mula diajar sekali lagi menghisap dadah “syabu”.. Again..!!!, aku jatuh dalam lembah dadah. Lebih teruk lagi aku diajar untuk menghisap “GANJA”. Aku mula hanyut dengan ganja dan merasakan nikmat apabila melayan ganja. Sampai satu tahap, aku mula berani buat keputusan untuk menjadi pengedar ganja. Aku terus hanyut dalam dunia gelap dan menjual ganja sehingga usia aku 16 tahun.

Aku hanyut dan terus hanyut apabila aku diajar lagi ke kelab-kelab malam untuk aktiviti clubing. Aku merasakan kepuasan dunia kebebasan yang tak pernah aku dapat.aku mula melayan nafsu aku dengan mengambil pil khayal(estacy) dan berkhayal semahunya. Hari demi hari semaki hancur hidup aku apabila aku mula menyerahkan tubuh badan aku pada mana-mana lelaki yang mahu melanggan aku.aku terus meringkuk dalam dunia kemaksiatan sehingga jun 2016. pada bulan puasa 2016,aku mula tidak datang period pada jun,july dan ogos 2016. ibuku mula bertanya pada aku tentang perubahan diri aku dan mendapati banyak strechmark pada bahagian peha aku. Sebenarnya aku sudah tahu aku mengandung, tetapi aku merahsiakan daripada ibu dan ayah aku kerana takut dan buntu. Akhirnya setelah mereka mengesan perubahan pada sikap dan perubahan tubuh badan aku, aku berterus terang pada mereka segala-galanya tentang segala aktiviti kotor aku semasa di luar.

Betapa remuk dan hancurnya hati ibu dan ayah aku,ketika aku menjelaskan segala-galanya, ibu aku terus rebah dan menekup mukanya sambil menangis tidak henti-henti dihadapan aku sambil berkata pada aku “julia,kau anak ibu,kau anak yang ibu harapkan menjadi cahaya kepada kami,tetapi Allah uji ibu dengan ujian seberat ni,..hancur hati ibu,tapi julia tetap anak ibu..maafkan ibu kerana gagal menjadikan kamu anak yang baik..maafkan ibu dan ayah”







mendengarkan ibu aku berkata begitu, aku terus memeluk ibu aku dan bisik ditelinganya
“maafkan julia ibu,ampunkan julia ibu..julia anak yang jahat..”

ibu aku hanya mendiamkan diri tanpa memeluk aku kembali..aku bertambah sedih kerana ibu akau tidak memeluk aku kembali kerana mungkin dia sangat kecewa.pada keeseokan harinya,ibu aku memanggil aku untuk berbincang. Mereka bercadang untuk menghantar aku ke sebuah pusat pemulihan akhlak. Pada mulanya aku tidak mahu,tetapi disebabkan rasa bersalah aku menebal dan untuk aku menebus segala salah aku, aku bersetuju untuk dihantar ke sana.

Aku telah dihantar ke pusat pemulihan akhlak untuk pemulihan akhlak dan kembali kepada Allah SWT. Disini aku mula belajar mengenal Allah dan memperbaiki semula diri aku yang telah ternoda.

Inilah kisah aku untuk tatapan dan pengajaran buat kita semua.
Ingatlah..andai dosa itu berbau,sudah tentu kita sangat rasa terhina kerana baunya..
tetapi Tuhan itu menutup aib hamba-Nya kerana “DIA MAHUKAN KITA PADA AKHIRNYA..”







No comments:

Post a Comment

Ade pelatih tanya saya..pembersih wanita boleh mengembalikan dara ke😮😮😮...saya cukup faham bila soalan begini di tanya..kerana beliau p...